Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Jualan Keluarga Malaysia dan Jualan Harga Patut dapat Sambutan

By 7 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Marianne Inya Thomas

KUCHING, 7 Ogos (Malaysiaaktif) – Jualan Keluarga Malaysia dan Jualan Harga Patut Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) peringkat Negeri Sarawak terus mendapat sambutan hangat pada hari kedua.

Menurut Siti Rohani, 30, dari Bintawa dia mengetahui tentang jualan ini dari sanak saudaranya yang telah datang semalam.

“Harga yg ditawarkan jauh lebih murah dan berbaloi dibeli,” tambah Siti Rohani.

“Saya harap jualan seperti ini dapat diadakan di luar bandar dan daerah agar semua lapisan masyarakat turut menikmati inisiatif ini,” kata Zulkipli Hassan, 64, yang datang bersama keluarganya.

“Barangan yang paling mendapat sambutan ialah beras, telur dan minyak masak paket. Stok barangan akan ditambah di setiap hari,” kata Pegawai Pemasaran Everise Sarawak Arif Kwan.

Pengunjung didapati sanggup berbaris panjang menunggu giliran masing-masing untuk membeli barangan keperluan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda