
Laporan/foto: Mohd Firdaus Mahmud
SUNGAI PETANI, 9 Ogos (Malaysiaaktif) – Prorgam Jelajah Kepenggunaan KPDNHEP telah bermula di Masjid Al-Wajdi Bukit Selambau, di sini semalam akan diteruskan ke beberapa tempat terpilih di daerah Kuala Muda.
Menurut Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Daerah Kuala Muda, Haji Azmi Dan, program ini diadakan sebagai salah satu usaha menyantuni rakyat terutama bagi menyediakan produk jualan pada harga yang berpatutan.
“Program ini dilihat berjaya mencapai matlamat sebagaimana yang diinginkan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan swasta selaras dengan tema Keluarga Malaysia Teguh Bersama” ujarnya lagi.
Gerai jualan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang disertai sahabat Ladang Keluarga Malaysia turut menawarkan produk jualan adalah hasil laut segar, sayur-sayuran, benih pokok serta barangan keperluan harian lain pada harga berpatutan.
Antara pengisian utama dalam jelajah tersebut ialah Taklimat Kepenggunaan oleh Pengarah KPDNHEP Negeri Kedah Affendi Rajini Khan.
Pegawai Tugas-tugas Khas Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia Datuk Haji Anuar Ahmad hadir bagi merasmikan program.
-ZS-