Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Kedah Negeri Keempat KMKM 2022

By 5 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Bahsyar Abdullah (Alor Setar)

ALOR SETAR, 5 Ogos (Malaysiaaktif) – Kedah merupakan negeri keempat dalam siri penjelajahan konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia (KMKM) 2022 selepas Pulau Pinang.

KMKM yang dilancarkan Perdana Menteri pada 30 Julai di Putrajaya tiba di lokasi penerimaan baton di Jambatan Merdeka yang terletak di sempadan Negeri Kedah/Pulau Pinang, Sungai Petani, dekat sini semalam.

Ketibaan KMKM disambut Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Merdeka Ahmad Fadzli Hashim dan Pengarah Penerangan Kedah Nasrudin H. Mahmud.

Menurut Nasrudin yang merupakan Ketua KMKM Kedah program sebegini bertujuan menyemarakkan minat rakyat untuk sama-sama menyambut Hari Kebangsaan pada tahun ini.

dengan penuh perasaan bangga dan bebas daripada penjajah.

“Rakyat perlu sama-sama menyambut Hari Kebangsaan ini dengan penuh perasaan bangga,” katanya ketika berucap di majlis tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda