Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Sambutan Hari Belia Negara di Kedah Meriah

By 14 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Bahsyar Abdullah

ALOR SETAR, 14 Ogs (Malaysiaaktif) – Karnival Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah telah bermula 3hari berturut-turut bermula 11 hingga 13 Ogos 2022.

Bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, semalam telah berlangsungnya majlis penutup yang telah disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor.

Menurut Menteri Besar, “Pada peringkat usia ini, kita perlu dididik, dibimbing dan diasuh dengan perkara-perkara yang boleh membina kemantapan diri dan pada masa yang sama, menangkis anasir-anasir yang boleh merosakkan diri dan masa hadapan kita,” katanya.

Pelbagai aktiviti diadakan selama 3 hari sempena karnival tersebut antaranya Y-Career, ekonomi belia, sukan dan rekreasi, seni mempertahankan diri dan banyak lagi.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kedah yang dirangkul PeBMA Bandar Baharu menerusi Johan Individu (Lelaki) dan Pertubuhan Belia.

Turut hadir, Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad dan Pengarah JBS Negeri Kedah, Abd Aziz Abd Rahman.

-ZS-

Tinggalkan komen anda