Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Norizan Khazali Dilantik SUK Kedah Yang Baharu

By 24 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Bashyar Abdullah (Alor Setar)

ALOR SETAR, 24 Ogos (Malaysiaaktif) – Dato’ Haji Norizan Khazali hari ini dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah yang baharu mengantikan Dato’ Paduka Ammar Dato’ Shaikh Mahmood Naim yang telah bersara semalam. Perlantikan tersebut telah diperkenan oleh Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

“Saya bertanggungjawab dalam memastikan perkhidmatan awam negeri Kedah selepas ini mampu memberi perkhidmatan yang lebih cekap, cepat, berintegriti dan lebih responsif kepada pelanggan.

“Saya berharap agar perkhidmatan awam negeri Kedah akan menjadi perkhidmatan yang lebih efisien, mesra dan fleksibel dalam membantu penduduk negeri samada individu mahupun swasta agar segala urusan dan perkhidmatan sedia ada dipermudahkan, agar rakyat lebih mudah mendapat keputusan dan hidup dengan lebih sejahtera,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Pengurniaan Tauliah Pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah di Istana Anak Bukit, di sini hari ini.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda