Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Jalur Gemilang Sepanjang 4km di Kampung Tasoh Semarak Sambutan Bulan Kebangsaan

By 20 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Wan Muhamad Zikri Wan Kamis

BESERI, 20 Ogos (Malaysiaaktif) – Penduduk di Kampung Tasoh, di sini teruja menyambut Hari Kebangsaan yang bakal tiba dengan menghiasi jalan dengan Jalur Gemilang sepanjang 4km di sepanjang Jalan Kaki Bukit, di sini hari ini.

Menurut Ketua Komuniti Keluarga Malaysia Kampung Tasoh Khairun Arzahar Mohd Nor, 45, sebanyak 200 batang buluh dipotong untuk dijadikan tiang bendera dan dipacakkan di sepanjang jalan bagi menyemarakkan semangat Hari Kebangsaan yang bakal menjelang pada 31 Ogos nanti.

“Seramai 40 orang terlibat dalam menjayakan aktiviti pada pagi ini yang bermula pada awal pagi tadi.

“Kami bergotong-royong bersama penduduk kampung yang turut sama bersemangat termasuk golongan belia yang menjayakan bersama dengan mengerahkan tenaga bagi memastikan batang buluh yang dipacak dalam keadaan yang kukuh,” menurutnya.

Program pada pagi ini yang dikenali sebagai Program Merdeka@Komuniti Keluarga Malaysia Kampung Tasoh turut dihadiri oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis Ruzaini Rais.

-ZS-

Tinggalkan komen anda