Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Segmen ‘YCareer’ Beri Manfaat Sosial Ekonomi Anak Muda

By 14 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Dhaifanzufar Dazuka (Kuala Selangor)

KUALA SELANGOR, 14 Ogos (Malaysiaaktif) – Segmen ‘YCareer’ yang dibawakan di Program Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Selangor telah memanfaatkan sosial ekonomi golongan muda di negara ini.

Menteri Kewangan Malaysia Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata menyedari cabaran sosial ekonomi yang dihadapi oleh golongan belia, segmen ‘YCareer’ membantu dengan melibatkan 26 buah syarikat yang menawarkan lebih 500 peluang pekerjaan melalui temuduga secara terus kepada anak muda khususnya di daerah Kuala Selangor.

“Dengan adanya ‘YCareer’ ini menunjukkan kesungguhan dan inisiatif kerajaan dalam membawa peluang pekerjaan kepada anak-anak di seluruh negeri Selangor serta menambahbaik sosial ekonomi golongan ini dalam masa yang panjang,” katanya.

“Kerajaan sentiasa meletakkan fokus yang besar kepada golongan belia dengan pelbagai dasar, strategi, program dan peruntukkan disediakan,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Hari Belia Peringkat Negeri Selangor di Stadium Utama Kuala Selangor, semalam.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda