Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Yang Dipertua Negeri Melaka Sampaikan Bantuan kepada Mangsa Ribut Tanjung Bidara

By 14 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Khairul Annuar Zulkernain (Alor Gajah)/FB Istana Melaka

MASJID TANAH, 14 Ogos (Malaysiaaktif) – Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohamad Ali Rustam telah meluangkan masa melawat mangsa ribut di Kampung Pasir Gembur dan

pusat pemindahan sementara (PPS) di Kompleks Falak Al-Khawarizmi di sini semalam.

Beliau turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan makanan serta keperluan dapur daripada kerajaan negeri Melaka dan Pejabat Pembangunan Negeri Melaka, ICU Jabatan Perdana Menteri.

Seorang penerima Azman Samah, 47, menyatakan kesyukuran atas bantuan yang diperolehi.

“Terima kasih kepada Tun Mohamad Ali Rustam yang sudi hadir melawat rumah kami yang rosak teruk dipukul ribut,” ujarnya.

Kejadian ribut berlaku pada 10 Ogos lalu yang telah mengakibatkan 58 rumah rosak teruk dipukul ribut dengan majoritinya mengalami kerosakan pada bumbung.

Turut hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka Kanan Pelaburan dan Perindustrian Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh.

-ZS-

Tinggalkan komen anda