Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Inovasi Bebola Daging Daripada Kulit Durian

By 15 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Haliza Mohd Taib/Mohd Afezan Yahya

MUAR, 13 Ogos (Malaysiaaktif) – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, UTHM dengan kerjasama Penghulu Mukim Parit Jawa, komuniti kampung telah menjalankan program inovasi bagi mengurangkan sisa durian dan menukarkannya kepada produk yang boleh dimakan iaitu bebola daging.

Menurut Penghulu Parit Jawa, Mohd Afezan Yahya, program seumpama ini perlu diteruskan dengan usaha ke arah mewujudkan kampung rendah karbon.

Menurut pengarah program, Aina Aqilah Masri, 22, pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makanan, program ini  dapat memberikan pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar dan komuniti setempat supaya memahami bagaimana sisa makanan diuruskan dengan lebih terperinci serta menjalankan praktikal tentang penambahan nilai sisa makanan kepada produk yang berguna ke arah kelestarian alam.

Turut hadir, Pensyarah Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST), Dr Siti Fatimah Zaharah Mohd Fuzi dan TS Dr Muhammad Abdul Latiff Abu Bakar, Ts Dr Suliadi Firdaus Sufahani selaku ketua Jabatan Pemerkasaan Bakat Pelajar (PBP).

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda