Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Wayang Pacak Imbas Nostalgia

By 20 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fasharina Kholil/Sazli Hassan (Sik)

SIK, 20 Ogos (Malaysiaaktif) – Sekitar tahun 70 dan 80an Jabatan Penerangan Malaysia cukup sinonim dengan pertunjukan wayang gambar atau lebih dikenali dengan wayang pacak.

Justeru itu, bagi mengimbas kembali nostlagia wayang pacak Pejabat Penerangan Daerah Sik dan Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) Kampung Jelutong mengambil inisiatif melaksanakan tayangan wayang pacak.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Sik Ahmad Azlan Abdul Rahman selain bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan program ini pastinya akan menggamit nostalgia ketika menonton wayang pacak dalam kalangan generasi terdahulu.

“Wayang pacak merupakan salah satu medium menyampaikan maklumat kepada masyarakat secara hiburan.

“Generasi terdahulu tentu pernah merasai pengalaman menonton wayang dan mempunyai pelbagai kenangan ketika menonton. Jadi pada hari ini, kami cuba kembalikan nostalgia tersebut pada era teknologi.

“Filem yang ditayangkan bukannya sekadar untuk hiburan semata-mata tetapi mengandungi mesej-mesej patriotisme yang diharap dapat membangkitkan rasa sayang akan tanah air khususnya kepada golongan muda,” jelasnya ketika berucap semasa Program Merdeka @ Komuniti KKM Kampung Jelutong, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda