Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Singgit Seposen Tingkatkan Pembudayaan Amalan Hijau

By 20 Ogos 2022Ogos 25th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Amirul Miza Mohd Tamizi

JASIN, 20 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Singgit Seposen anjuran  Perbadanan Teknologi Hijau Melaka dengan kerjasama Majlis Perbandaran Jasin , Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dan SWM Environment Sdn Bhd telah dirasmikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (EXCO) Pendidikan dan Teknologi, Rais Yasin.

Menurut Rais Yasin program yang dijalankan bersama masyarakat setempat telah berjaya mengutip keseluruhan sisa buangan sebanyak 4,500kg.

“Ia meliputi sebanyak 658kg minyak masak terpakai, 1,598kg fabrik, 552kg elektronik, 102kg tin aluminium, 146kg botol kaca, 1,117kg kertas dan 286kg botol plastik minuman,” ujarnya.

Program yang menggalakkan rakyat mengitar semula barangan terpakai itu turut membantu peserta yang hadir menambah pendapatan daripada hasil jualan barang-barang kitar semula tersebut.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda