Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Pelakon Filem Mat Kilau Terima Anugerah Persilatan

By 26 September 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)

AYER KEROH, 26 Sep (Malaysiaaktif) – Anugerah Kehormat Persilatan yang menampilkan lima kategori utama termasuk Kategori Ikon Pendekar (Selebriti) telah dimenangi oleh pelakon Filem Mat Kilau, Ahmad Hilmi Ishak yang memainkan watak pembunuh upahan pada Majlis Perasmian Penutup Festival Pendekar Antarabangsa 2022 bertempat di Mini Malaysia & Asean Cultural Park Ayer Keroh, di sini baru-baru ini.

Menurut Ahli Dewan Negara Mohd Ridhwan Mohd Ali yang mewakili Ketua Menteri Melaka, festival yang bertemakan ‘Pelestarian Warisan Peradaban Bangsa’ bertujuan memelihara warisan seni kependekaran dunia agar dapat dihayati, dipelihara dan dilestarikan oleh masyarakat dalam dan luar negara.

“Festival ini telah disertai oleh kumpulan yang mewakili pelbagai aliran Seni Beladiri dan Kebudayaan dari negara Malaysia dan antarabangsa dimana telah melibatkan peserta dari Indonesia, Singapura, United Kingdom dan Bangladesh,” tambah beliau.

-ZS-

Tinggalkan komen anda