Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Perkukuh Perpaduan Keluarga Malaysia Melalui Sukan

By 29 September 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohamad Firdaus Abd Aziz (Gua Musang)

GUA MUSANG, 29 Sep (Malaysiaaktif) – Dalam fasa peralihan ke endemik COVID-19 Program Hari Belia Negara Peringkat Daerah Gua Musang 2022 yang berlangsung di Dataran KESEDAR Gua Musang membawa semangat baru kepada golongan belia.

Ketua Jajahan Gua Musang Ab. Pattah Hasbullah dalam ucapan perasmiannya menyatakan keyakinan beliau terhadap penglibatan dan sumbangan generasi muda bagi memperkukuhkan semangat kesukanan serta kerjasama antara mereka untuk mermartabatkan sukan ke tahap yang lebih tinggi.

“Bersukan bukan sahaja menyumbang kepada kesihatan tubuh badan tetapi ia penting dalam menyemai dan memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan Keluarga Malaysia,” katanya.

Program ini turut diserikan dengan pelbagai acara seperti pameran daripada beberapa agensi kerajaan, senamrobik, cabutan bertuah, persembahan seni silat dan sebagainya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Tuan Haji Abd Aziz Yusoff, ADUN Paloh Tuan Haji Amran Ariffin dan Yang Dipertua Majlis Belia Daerah Gua Musang Mohd Azmawi Fikri Abd Ghani.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda