Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Jangan Terpengaruh Andaian Negatif Terhadap Ekonomi Serta Kestabilan Negara

By 17 September 2022September 19th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Roziman Mahmudin (Labuan)

LABUAN, 17 Sep (Malaysiaaktif) – Semua pihak dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan pelbagai andaian negatif yang tidak mempunyai asas terhadap ekonomi serta kestabilan negara .

Menurut Pengerusi Perbadanan Labuan, Senator Datuk Bashir Alias, Pelbagai petunjuk positif jelas memperlihatkan negara tidak berada dalam krisis ekonomi.

“Oleh itu janganlah kita cepat terperangkap apatah lagi turut menyebarkan maklumat yang tidak sahih mengenai situasi ekonomi negara, persepsi negatif yang cuba disebarkan oleh pihak tertentu ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah membawa kesan buruk yang begitu besar.

“Ianya bukan setakat mengelirukan pemikiran rakyat, malah boleh menjejaskan minat pelabur luar untuk masuk ke Malaysia,”katanya semasa merasmikan Majlis Apresiasi@Merdeka Jabatan Penerangan Labuan di sini semalam.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda