Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Sambutan Hari Belia Negara 2022 Marang Meriah

By 18 September 2022September 20th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Afnan Hakimi/Pusat Khidmat DUN Bukit Payong

MARANG, 18 Sep (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Belia 2022 Peringkat Daerah Marang di Dataran Pantai Rekreasi Kelulut, di sini baru-baru ini disambut meriah.

Pelbagai acara diadakan  sepanjang sambutan  seperti Forum Agama, pertandingan pewarna, ‘fun ride” dan sebagainya.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata sambutan seperti ini memperlihatkan peranan belia sebagai kelompok yang perlu diberi pengiktirafan oleh semua golongan termasuk pemimpin politik dan pemimpin masyarakat setempat.

Ustaz Mohd Nor turut menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang Anugerah Perdana Belia Negara 2022, iaitu kategori individu dan kategori pertubuhan belia yang telah dimenangi oleh  Persatuan Belia Setia Pakat Kampung Tebakang.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda