Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Rancangan Tempatan Daerah Setiu 2035 Sedia untuk Dipamerkan

By 13 September 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Wan Arif Fadhila Wan Yusof (Setiu)

SETIU, 13 Sep (Malaysiaaktif) – Rancangan Tempatan Daerah Setiu 2035 telah siap dan sedia untuk dipamerkan kepada orang awam melalui program Publisiti dan Penyertaan Awam bermula 11 September hingga  11 Oktober 2022 sebagaimana peruntukan Seksyen 13, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Dr Hj. Alias Rameli berkata demikian pada majlis perasmian program Publisiti dan Penyertaan Awam di Dewan Serbaguna MDS Sungai Tarom, di sini baru baru ini.

“Pandangan, aspirasi dan bantahan orang awam begitu penting dan berguna dalam melestarikan Rancangan Tempatan Daerah Setiu 2035. Ini sejajar dengan daerah Setiu yang merupakan jelapang makanan dan pelancongan agro inap desa negeri Terengganu,” jelasnya.

Turut hadir Ahli Parlimen Setiu Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir dan Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu Mohd Zalizan Sulong.

-ZS-

Tinggalkan komen anda