Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

K-PISH Kukuh Potensi Pelajar Maahad Tahfiz

By 30 September 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin (Ipoh)/Kolej Komuniti Negeri Perak

IPOH, 30 Sep (Malaysiaaktif) – Karnival Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (K-PISH) Kolej Komuniti Negeri Perak 2022 anjuran bersama Jabatan Agama Islam Perak dan Kolej Komuniti Negeri Perak membantu para pelajar maahad tahfiz untuk mengukuhkan potensi individu khususnya dalam aspek pekerjaan apabila mereka menamatkan pengajian kelak.

Menurut Pengarah Bahagian Kurikulum Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Dr. Norhayati Zakaria kemahiran yang diperoleh di kolej komuniti memberi impak besar dan nilai tambah yang begitu bermanfaat kepada para pelajar di maahad tahfiz.

“Saya berharap agar usaha murni ini dapat memberikan ilmu kemahiran dan keusahawanan yang sangat berguna kepada pelajar-pelajar ini,” ujarnya sempena majlis perasmian penutup program di Institut Tadbiran Islam Negeri Perak pada Rabu.

Perasmian disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk Mohd Yusop Husin.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda