Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Nasi Kukus Warung Jelero Kudat Tarikan Esplanade Kudat

By 30 September 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nadia M Lawaji

KUDAT, 30 Sep (Malaysiaaktif) – Nasi Kukus Warung Jelero menjadi salah satu tempat berkunjung apabila datang ke Esplanade Kudat.

Pemiliknya Mohammad Roslan, 34, merupakan anak kelahiran Kelantan yang kini menetap di daerah tersebut telah membuka perniagaan itu sejak enam tahun lepas.

“Antara makanan yang kami hidangkan ialah kuih-muih dari Kelantan selain nasi kukus ayam goreng, nasi kukus ayam berempah dan nasi kukus kerutuk kambing.

“Purata penjualan nasi kukus setakat ini ialah 150 hingga 200 set nasi pada hari biasa dan mencecah antara 200 hingga 300 set sehari pada bulan Ramadan,” kongsinya ketika ditemui media, di sini baru-baru ini.

Warungnya kini mempunyai empat orang pekerja dan beroperasi bermula pukul 10.00 pagi hingga 1.00 petang setiap hari kecuali Jumaat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda