Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Keluarga Malaysia Yong Peng Sambut Meriah Pesta Tanglung

By 12 September 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mazlin Basir

BATU PAHAT, 11 Sep (Malaysiaaktif) – Festival Tanglung merupakan perayaan kedua penting masyarakat Tionghua selain perayaan Tahun Baru Cina.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Johor (ADUN) Yong Peng, Ling Tian Soon Pesta Tanglung atau perayaan Kuih Bulan diraikan pada hari kelima belas pada bulan kelapan kalendar Cina (akhir bulan Ogos hingga akhir bulan September).

“Justeru dalam meraikan perayaan Pesta Tanglung ini aspek keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran bertepatan dalam komuniti kita. Bukan sahaja masyarakat Tionghua malah kaum lain dalam kawasan Yong Peng ini turut meraikan perayaan ini.

“Diharapkan festival ini dapat diraikan secara meriah pada masa akan datang,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Taman Kota Yong Peng semalam.

Turut hadir Wakil Rasmi Menteri Besar Johor Zahari Sarip selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor dan  Pegawai Daerah Batu Pahat, Nasri Md Ali.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda