Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Program Derma Darah Meriahkan Merdeka@Komuniti Sungai Nibong Kechil

By 12 September 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nor Aziana Azreen Roslan

GEORGETOWN, 12 Sep (Malaysiaaktif) – Program derma darah memeriahkan lagi program Merdeka@Komuniti, Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) Sungai Nibong Kechil.

Menurut Pengerusi Masjid Al-Itiffaq Abdul Jaafar Abdul Talib, 60, beliau berterima kasih kepada KKM Sungai Nibong Kechil, Jabatan Penerangan Malaysia, Kemas dan Hospital Pulau Pinang kerana menganjurkan program ini.

“Selain program derma darah, kaunter pemeriksaan kesihatan secara percuma dan kaunter pendaftaran penderma organ dan tisu turut menyempurnakan lagi program ini,” ujarnya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Pelbagai aktiviti turut diadakan seperti perarakan merdeka oleh ibu bapa, pelajar serta guru Tabika KEMAS sekitar Sungai Nibong Kechil.

-ZS-

Tinggalkan komen anda