Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Terapkan Semangat Kemerdekaan kepada Anak-anak Kecil Agar Negara Tidak Dijajah Semula

By 3 September 2022September 8th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Wan Muhamad Zikri Wan Kamis

SANTAN, 3 Sep (Malaysiaaktif) – Semangat kemerdekaan harus dipupuk bermula dari anak-anak kecil agar semangat itu berterusan sepanjang hayat mereka.

Demikian ungkapan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis Azizan Sulaiman ketika merasmikan program Merdeka@Komuniti Padang Melangit, di sini pagi tadi.

“Dua tahun kita tidak dapat mengadakan program kemerdekaan akibat pandemik COVID-19, kali ini kita dapat melihat sambutan kemerdekaan yang sangat meriah sepertimana sambutan pada malam 30 Ogos yang lalu di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar,” katanya.

“Saya juga berharap tuan-tuan dan puan-puan dapat memahami pengisian kemerdekaan serta dapat memperingati sejarah negara agar kita dapat menjadi bangsa yang berdikari dan maju setanding negara-negara lain,” katanya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda