Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Asyura Waris Pelajar dan Guru Raikan Silaturrahim

By 1 September 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zurina Saad (Yan)

YAN, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Meskipun bulan Muharram sudah pun berlalu, tradisi mengacau bubur Asyura masih lagi diteruskan di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau secara bergotong-royong di antara waris pelajar-pelajar dan guru.

Menurut Guru Besar Ismail Yunus lima kawah bubur Asyura ini dimasak secara gotong-royong bermula dengan penyediaan bahan pada pukul 8 pagi dan berakhir pada jam 12 tengah hari.

“Aktiviti sedemikian akan terus dikekalkan bagi mengeratkan ukhwah sesama waris dan guru,” katanya di sini baru-baru ini.

600 pek bubur Asyura kemudian diagihkan kepada kepada waris dan penduduk setempat.

Program sempena Hari Kebangsaan ke-65 itu turut mengadakan aktiviti berunsurkan kemerdekaan seperti kibaran Jalur Gemilang beramai-ramai dan pertandingan Asyura Merdeka.

-ZS-

Tinggalkan komen anda