Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

[email protected] Jerai Di Sambut Meriah

By 16 September 2022September 19th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zurina Saad

YAN, 16 Sept (Malaysiaaktif) – Bersesuaian dengan tema “Keluarga Malaysia,Teguh Bersama”, program [email protected] Jerai sempena sambutan Hari Malaysia Peringkat Daerah Yan 2022 di sambut meriah di Pantai Murni Waterfornt pada malam semalam dengan kehadiran melebihi 3000 orang.

Program tersebut turut diserikan dengan persembahan Qasidah, deklamasi puisi merdeka, dan persembahan dari pelbagai kaum. Paling mencuri tumpuan adalah persembahan harmonika dari Persatuan Harmonika Veteran Alor Star yang menampilkan pemain harmonika, Sim Peng Kai paling berusia iaitu 79 tahun.

Menurut Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Sabri Azit, “patriotisme ini bukan sekadar semangat, tetapi ia merupakan sesuatu yang melibatkan keyakinan, kesetiaan, kewarganegaraan, keberanian, kemerdekaan dan jati diri,” katanya dalam ucapan perasmiannya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda