Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

76 Pelajar ke Timur Tengah Terima Tajaan Agensi Negeri Terengganu

By 13 September 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Kemaman)/i-MiTS

KEMAMAN, 13 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 76 pelajar Terengganu akan melanjutkan pelajaran ke Jordan, Mesir dan Algeria pada tahun ini melalui tajaan beberapa agensi kerajaan negeri seperti Yayasan Terengganu dan Yayasan Pendidikan MAIDAM.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pendidikan Negeri Terengganu Satiful Bahri berkata demikian di Program Kursus Intensif Khas Pelajar Terengganu ke Timur Tengah Sesi 2022 yang diadakan di Darul Iman Terengganu Centre, di sini baru-baru ini.

“Yang menariknya pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) terbaru untuk Universiti Islam Algiers dan Universiti Sheikh Abd Qadir Qostantine di Algeria telah menawarkan pendidikan percuma (yuran dan asrama) untuk anak-anak Terengganu,” jelasnya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Turut hadir Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Kijal Ustaz Hazri Jusoh.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda