Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Perlis Salur Lebih RM1 Juta bagi Persediaan SUKMA ke-20

By 3 September 2022September 8th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 3 Sep (Malaysiaktif) – Kerajaan Negeri Perlis telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM1,116,300.00 untuk pengurusan atlet Perlis bagi menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20 pada tahun ini.

Menteri Besar Perlis Dato’ Seri Azlan Man berkata peruntukan tersebut diharap dapat menyuntik semangat seramai 277 orang untuk berjuang bagi 25 acara dan dapat mengharumkan nama negeri.

Beliau menyatakan demikian ketika Majlis Penyerahan Bendera dan Penyerahan Honorarium SUKMA dan Penyerahan Insentif Kemenangan kepada Atlet Kebangsaan dari negeri ini yang bertanding di Sukan SEA Hanoi di sini baru-baru ini.

Sementara itu  Ketua Kontinjen SUKMA Negeri Perlis Hamizan Hassan yang juga Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis (EXCO) Belia dan Sukan  meletakkan pencapaian 12 emas, lima perak dan 15 gangsa bagi negeri Perlis di SUKMA ke-20  yang bakal berlangsung mulai 16 hingga 24 September di beberapa buah negeri pada tahun ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda