Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Raptai Penuh Hari Malaysia 2022 Berjalan Lancar, Janji Seribu Satu Kelainan

By 15 September 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zaidy Salim/Rahman Ishak (Putrajaya)

MELAKA, 15 Sep (Malaysiaaktif) – Raptai penuh kemuncak sambutan Hari Malaysia 2022 yang berlangsung di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Melaka malam tadi berjalan lancar.

Majlis yang dijadual berlangsung pada malam 16 September (esok) bakal menjanjikan seribu satu kelainan dan simbolik akan mengimbau nostalgia sewaktu penubuhan negara ini melibatkan gabungan antara Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.

Persembahan di dataran itu bermula kira-kira pukul 8.30 malam dengan ketibaan beca berhias, vespa dan basikal tua diiringi lagu-lagu era 60-an bergerak menuju ke pentas utama.

Turut hadir menyaksikan ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa.

“Sepanjang raptai malam ini semua persembahan ok.
Tahniah kepada semua,” katanya.

Majlis sambutan Hari Malaysia 2022 peringkat kebangsaan yang diadakan di bandaraya ini akan dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri, Timbalan Ketua Menteri Sarawak dan Sabah dijangka hadir pada sambutan ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda