Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Kerajaan Komited Bantu Golongan OKU

By 22 September 2022September 26th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Jamilah Sulaiman Nasution/Mohd Khairulnizam (Negeri Sembilan)

TAMPIN, 22 Sep (Malaysiaaktif) – Kira-kira 130 orang yang terdiri daripada golongan orang kurang upaya (OKU), ibu bapa OKU, wakil NGO OKU, peserta dari Sekolah Pendidikan Khas dan Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) di Negeri Sembilan telah hadir ke Seminar MyCekap yang diadakan di Dewan Bandaran Tampin, hari ini.

Menurut Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat Jabatan Penerangan Malaysia Julina Johan objektif program ini adalah untuk memasarkan maklumat terkini tentang dasar, inisiatif kerajaan dan sokongan terhadap penghakupayaan kepada komuniti OKU.

“Kementerian dan pelbagai agensi kerajaan komited dalam memberi bantuan yang diperlukan serta sokongan kepada KKM termasuk komuniti OKU dari segi pendidikan, kursus kemahiran, keusahawanan dan lain-lain lagi,” ujarnya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda