Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Semarak Hari Malaysia ‘Kabak Bukit Besar’

By 14 September 2022September 20th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Rusmiza Anuar/Shuhaimi Ahmad (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 14 Sep (Malaysiaaktif) – Program Merdeka Parlimen Kuala Terengganu ‘Kabak Bukit Besar’ sempena sambutan Hari Malaysia 2022 disambut meriah dengan kehadiran 500 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur.

Program berkonsepkan berjalan kaki mendaki Bukit Besar disertai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Daerah Kuala Terengganu dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Terengganu.

Menurut Ahmad Amzad majlis sebegini wajar diadakan untuk menyemarakan lagi Hari Malaysia yang bakal disambut pada 16 September ini.

Pada program pendakian tersebut, turut diselitkan tazkirah kemerdekaan oleh Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Ahmad Shah Muhamed merasmikan majlis penutup dan menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada peserta.

-ZS-

Tinggalkan komen anda