Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

YBR Sedia RM30 Ribu Peruntukan Bantuan Persekolahan

By 21 September 2022September 27th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hazlinah Samsir/YBR

PUTATAN, 20 Sep (Malaysiaaktif) – Yayasan Bank Rakyat menyediakan RM30,000 peruntukan bantuan persekolahan untuk diagihkan kepada 300 pelajar dari golongan B40 dan asnaf di parlimen Putatan.

Ahli Lembaga Pemegang Amanahnya, Jefferey Nor Mohamed berkata inisiatif itu diharap dapat membuka peluang golongan kurang berkemampuan untuk meneruskan pelajaran sekaligus meringankan beban keluarga dalam menghadapi fasa pasca pandemik.

“Melalui usaha ini, kita berharap agensi-agensi lain turut tampil membantu dari pelbagai aspek sebagai bukti badan-badan korporat juga mengambil berat terhadap insan yang memerlukan,” ujarnya ketika menyampaikan bantuan di Balairaya Kampung Tanjung Aru Lama, hari ini.

Untuk rekod, YBR juga telah memberikan bantuan persekolahan dalam bentuk wang tunai RM100 yang diagihkan sejak Mac lalu bagi membantu persiapan persekolahan kepada 26,502 murid.

-ZS-

Tinggalkan komen anda