Laporan foto: Salawati Mat Shariff/Azimee Abdullah (Barat Daya)
BAYAN LEPAS, 19 Okt (Malaysiaaktif) – Kaum India cukup sinonim dengan kalungan bunga malai yang sering digunakan untuk majlis keagamaan, keramaian, perayaan dan juga kematian sehingga segelintir masyarakat menganggap bunga tersebut sebagai simbol pemujaan.
Menurut seorang peniaga ketika ditemui di sini baru-baru ini Murugan Kupusamy, 65, bunga malai adalah satu simbol kesucian, kebersihan, aroma dan kecantikan kaum India.
“Adat resam yang diamalkan sejak ribuan tahun dahulu, masih kekal hingga kini,” katanya lagi.
Tegas beliau, sekiranya bunga malai dikalung oleh seseorang, bunga itu tidak boleh lagi dijual kepada orang lain. Ini adalah pantang larang.
-ZS-