Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Pantai Pasir Panjang Destinasi Ideal Penyu Bertelur

By 18 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Irsyad Abd Majid/Muhamad Firdaus Abdul Rashid (Manjung)

MANJUNG, 18 Okt (Malaysiaaktif) – Pantai Pasir Panjang, Segari menjadi lokasi ideal untuk penyu bertelur kerana kehalusan pasir, pokok-pokok ambong yang merimbun dan kawasan yang bebas daripada sebarang gangguan.

Menurut pembantu operasi Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu (PKPP) Segari Mohd Fauzi Jaafar, 41, dua daripada empat spesis penyu yang terdapat di Malaysia ada di sini iaitu Penyu Agar (Green Turtle) dan Penyu Karah (Hawksbill Turtle).

“Kebiasaannya penyu mendarat di pantai ini sekitar bulan Mac hingga Ogos setiap tahun untuk bertelur dan mengambil masa 46 hingga 60 hari untuk telur tersebut menetas.

“Selain Pantai Pasir Panjang, terdapat satu lagi PKPP di Perak iaitu di Teluk Ketapang, Pulau Pangkor,” katanya ketika dtemui di sini baru-baru ini.

PKPP Segari dibuka kepada pengunjung setiap hari Selasa hingga Ahad bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda