Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Hari Kokurikulum SMK Taman Inderawasih Beri Penghargaan kepada Pelajar

By 11 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zahari Zakaria

PERAI, 11 Okt (Malaysiaaktif) – Program Hari Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Inderawasih yang diadakan di sini baru-baru ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada para pelajar yang telah berjaya mewakili sekolah dalam bidang sukan.

Pengetua SMK Taman Inderawasih, Haji Ramli berkata program ini julung kalinya diadakan secara besar-besaran selepas pandemik COVID-19.

“Pihak sekolah memberi anugerah dan penghargaan kepada para pelajar yang telah berjaya mewakili sekolah ke pertandingan sukan peringkat daerah dan negeri serta ada juga hingga ke Sukan Malaysia (Sukma),” katanya lagi.

Antara jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat adalah Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah, Perpustakaan Negeri Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Seberang Perai, Persatuan Pengguna Daerah dan kolej swasta.

-ZS-

Tinggalkan komen anda