Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin/Mohammad Ezwandi Mohammad Radzi (Ipoh)
IPOH, 11 Okt (Malaysiaaktif) – Islam tidak menolak pembaharuan selagi tidak bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah.
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah Islam tidak menafikan pentingnya dilakukan transformasi yang membawa manfaat kepada ummah.
Titah baginda, keadaan dan zaman yang terus berubah, sudah pasti mengkehendaki cara dan pendekatan baharu yang bersesuaian dengan maslahat semasa.
“Golongan belia perlu diberikan kepercayaan berada di barisan hadapan, menyuntik dinamisme baharu, berperanan secara ketara sebagai pemangkin pembaharuan (game changer).
“Golongan remaja wajib didampingi, suara remaja wajib didengari, agar dapat dilaksanakan program pembangunan ummah yang lebih kontemporari dan relevan dengan keperluan dan cabaran semasa,” titah baginda.
Baginda bertitah pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1444 Hijrah Peringkat Negeri Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Ahad.
-ZS-