Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Program Ramah Mesra PDRM Johor Bersama Brothers Motor Gegarkan Pontian

By 2 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Faizal Mansor

PONTIAN, 2 Okt (Malaysiaaktif) – Program Ramah Mesra Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor Bersama Brothers Motor yang telah diadakan sejak 30 September lalu hari ini turun ke daerah Pontian bagi menggegarkan masyarakat daerah ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Pontian Superintendan Mohammad Shofee Tayib, objektif utama program ini adalah untuk menyantuni masyarakat khususnya golongan bermotosikal  dengan menerapkan kaedah advokasi terhadap kesedaran keselamatan jalanraya.

“Golongan bermotosikal juga dapat melibatkan diri mereka dalam aktviti-aktiviti yang berfaedah selain meningkatkan jalinan murni antara PDRM Johor dan golongan tersebut”, kata beliau pada program tersebut pagi tadi.

Antara pengisian program adalah gerai pameran jabatan dan agensi kerajaan, kaunter semakan saman trafik serta pertandingan ‘auto show’ yang melibatkan kereta dan motorsikal.

Turut hadir Ketua Polis Negeri Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat serta pemimpin masyarakat Pontian.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda