Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Pelajar Sekolah Diberi Pendedahan Tentang MAPO

By 7 Oktober 2022Oktober 11th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mahyudin Abd Rani/Mohd Shahrizan Shahabudin

JAWI, 7 Okt (Malaysiaktif) – Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jawi di sini baru-baru ini diberikan pendedahan mengenai Majlis Anti Pemerdagangan Orang Dan Penyeludupan Migran (MAPO).

Program yang dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan dengan kerjasama pihak sekolah tersebut melibatkan 200 orang pelajar dan guru.

“Pendedahan maklumat seperti ini amat penting kepada setiap individu dan sentiasa berhati-hati apabila berhadapan dengan orang yang tidak dikenali,” kata Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) Inspektor Shakila Zainol Abidin dari Ibu Pejabat Polis Jawi, Daerah Seberang Perai Selatan.

Menurut Shakila maklumat yang diterima tentang program hari ini boleh disebarkan kepada keluarga terdekat, masyarakat sekeliling serta orang awam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda