Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Kerajaan Negeri Melaka Beri Sumbangan Sempena Deepavali

By 21 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noraidah Mat Seh (Jasin)/Muhammad Zarul Afify Mohd Zamri

MERLIMAU, 21 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 140 orang di Daerah Jasin telah menerima sumbangan sempena perayaan Deepavali yang bakal tiba tidak lama lagi.

Menurut Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kesihatan dan Antidadah Negeri Melaka Dr Muhammad Akmal Saleh objektif program ini adalah bagi menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Melaka kepada golongan yang memerlukan bantuan semasa perayaan.

“Di samping itu ia juga memberi kesejahteraan kepada golongan yang kurang bernasib baik seperti keluarga miskin, warga emas, orang kurang upaya dan juga ibu tunggal,” ujarnya semasa merasmikan majlis tersebut di Majlis Sumbangan Perayaan Deepavali 2022 Negeri Melaka di Dewan Hj Ahmad Ithnin, di sini baru-baru ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda