Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

KPDNHEP Serbu Premis Barangan Tiruan

By 4 Oktober 2022Oktober 12th, 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/KPDNHEP

SHAH ALAM, 4 Okt (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyerbu sebuah premis menjual barangan tiruan dalam operasi di Taman Prima Selayang, Batu Caves semalam.

Pengarah KPDNHEP Selangor, Mohd Zuhairi Mat Radey, berkata serbuan dilakukan susulan aduan diterima daripada wakil pemilik cap dagang berdaftar produk losyen dan minyak wangi.

“Hasil serbuan, KPDNHEP telah menyita barangan berkenaan yang bernilai RM13,350 namun tiada tangkapan dibuat semasa serbuan kerana premis tidak berpenghuni,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM30,000 bagi setiap barangan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda