Laporan/foto: Mohamad Amiruddin Adli Ishak (Alor Gajah)
MASJID TANAH, 29 Okt (Malaysiaaktif) – Warga emas di sekitar Taboh Naning telah diraikan oleh Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) bersempena Sambutan Hari Warga Emas 2022 bertempat di Dewan JAPERUN Taboh Naning, di sini baru-baru ini.
Sambutan Hari Warga Emas ini bertujuan menghargai jasa warga emas khususnya golongan profesional yang telah menyumbang ilmu, idea dan kepakaran ke arah pembangunan diri warga emas secara holistik.
“Saya berharap dan berdoa semoga PAWE Taboh Naning terus cemerlang melakukan aktiviti yang bermoral lagi berfaedah dan semoga usaha kita diberkati,” ujar Zulkiflee Mohd Zin merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning yang turut hadir merasmikan sambutan ini.
PAWE Taboh Naning yang turut menerima kunjungan PAWE Dungun, Terengganu juga mengadakan pelbagai pengisian menarik seperti bacaan Yasin, berselawat, sambutan hari jadi dan penyampaian sumbangan kepada ahli PAWE Taboh Naning.
-ZS-