Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

MB Pahang Umum Pembubaran DUN Pahang

By 14 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zayana Isa/Sh. Nurrul

KUANTAN, 14 Okt (Malaysiaaktif) – Menteri Besar (MB) Pahang Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-14, hari ini.

Wan Rosdy berkata, pembubaran ini selaras dengan Fasa (2) Perkara 26 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang setelah mendapat perkenan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Tarikh pembubaran ini dipilih bagi membolehkan pembentangan serta perbahasan mengenai Belanjawan 2023 Negeri Pahang disempurnakan terlebih dahulu.

“Segala ini dilakukan demi kepentingan rakyat kerana sebahagian besar intipati Belanjawan ini adalah berkisar tentang usaha membantu setiap lapisan rakyat di negeri ini,” katanya dalam satu sidang media khas, di sini hari ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda