Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat
KANGAR, 14 Okt (Malaysiaktif) – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail telah berkenan dengan cadangan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang ke-14 berkuatkuasa pada hari ini selepas sesi mengadap oleh Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man bersama Speaker dan 13 Ahli DUN Perlis di Galeri Diraja, Arau dekat sini petang semalam
“Pembubaran DUN pada hari ini akan membolehkan Pilihanraya Negeri diadakan untuk memilih 15 Ahli Dewan Undangan Negeri Perlis serentak dengan Pilihanraya Umum ke-15 seiring pengumuman pembubaran Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 10 Oktober lalu,” kata Azlan Man ketika ditemui dalam sidang media khas di Pejabat Menteri Besar Perlis, Kompleks Dewan Undangan Negeri, di sini pagi tadi.
“Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Perlis menyerahkan segala urusan Pilihan Raya Negeri selanjutnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.
Turut hadir bersama sidang media khas tersebut Speaker DUN Perlis Datuk Hamdan Bahari.
-ZS-