Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Inovasi Batik Clay Tingkat Potensi Perusahaan Batik

By 14 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Kartini binti Abdul Aziz/Juhannis Hj Idris (Batang Padang)

TAPAH, 14 Okt (Malaysiaaktif) – Inovasi penghasilan batik clay (tanah liat) yang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Negeri Perak (Kraftangan Perak) dilihat mempunyai potensi yang baik dalam bidang perusahaan batik.

Pengusaha batik, Normah Ali berkata bahan alternatif yang digunakan untuk menghasilkan batik clay menjimatkan kos, mesra alam dan mudah dikendalikan.

“Pendedahan yang diberikan oleh Kraftangan Perak menerusi bengkel yang dianjurkan amat membantu usahawan tekstil dan peserta komuniti yang berminat bagi mengusaha serta memasarkan batik clay.

“Sehingga hari ini, permintaan bagi mendapatkan batik clay tidak putus-putus selain turut menerima tempahan dari luar negeri Perak termasuk figura terkenal tanah air,” katanya ketika ditemui di Bengkel Jahitan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Batang Padang, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda