Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

MPUKP Rancakkan Aktiviti Perniagaan

By 19 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorshazana Shaadan/Nur Ezzaty Ahmad Razimi (Port Dickson)

PORT DICKSON, 19 Okt (Malaysiaaktif) – Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi Parlimen (MPUKP) Port Dickson mengambil inisiatif dalam mempromosi produk koperasi sebagai alat bagi merancakkan kembali aktiviti perniagaan usahawan serta koperasi.

Pengerusi MPUKP Port Dickson Datuk Mohd Faizal Ramli berkata melalui penglibatan koperasi dan usahawan dalam sektor ekonomi bernilai tinggi, impak diukur melalui kesan jangka panjang projek yang dilaksanakan.

“Gerakan koperasi berbeza dengan sistem kapitalis yang hanya memberi fokus kepada kaedah maksima keuntungan dan kos yang minimum.

“Sebaliknya jangkaan hasil koperasi diukur melalui peningkatan dalam pendapatan keseluruhan, jualan, keuntungan dan pulangan dividen serta kebajikan kepada anggota,” katanya ketika Program Promosi Jualan Produk Koperasi dan Pertandingan Master Chef Koperasi 1922 di Akademi DRB Hicom, di sini semalam.

“Penganjuran program ini juga adalah untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai fungsi serta produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan agensi-agensi di bawahnya,” katanya.

Turut diadakan Pertandingan Master Chef Koperasi 1922 sempena 100 tahun Gerakan Koperasi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda