Laporan/foto: Kartini Abdul Aziz/Siti Nor Farhana Mad Zairozi (Batang Padang)
SUNGKAI, 19 Okt (Malaysiaaktif) – Pengurusan bencana banjir yang menyeluruh tidak hanya memfokuskan kepada pusat pemindahan semata-mata namun kesan-kesan lain turut diambil peduli.
Menyedari kepentingan tersebut, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Batang Padang mengambil inisiatif mengadakan Program Simulasi Bencana Daerah Batang Padang bersama jabatan dan agensi terlibat.
“Simulasi ini merupakan persediaan awal jawatankuasa dalam merangka strategi untuk menyelamatkan mangsa bencana sekaligus pengurusan gerak kerja di pusat pemindahan sementara.
“Selain itu, pengurusan yang bijak turut mengenal pasti kesan bencana lain seperti tanah runtuh dan kerosakan infrastruktur,” kata Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah DSP Mohd Fadzil bin Ismail ketika merasmikan program di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan SMK Sungai Kruit, Sungkai, semalam.
-ZS-