Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Gotong-royong Mega Aspirasi Keluarga Malaysia Jempol Meriah

By 2 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Naim/Siti Zuraida

JEMPOL, 2 Okt (Malaysiaaktif) – Gotong-royong mega Aspirasi Keluarga Malaysia berlangsung dengan meriah dengan kehadiran lebih dari 300 orang, di sini baru-baru ini.

Menurut Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Serting Indah, Zamree Parlan amalan gotong-royong seperti ini sangat baik diadakan.

“Program gotong-royong ini sudah menjadi aktiviti berkala yang dijalankan oleh anggota Komunikasi untuk Perubahan Tingkahlaku

(COMBI) di peringkat komuniti.

“Namun bersempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) dan Agenda Nasional Malaysia Sihat (AMNS) Pejabat Kesihatan Daerah membuat salah satu program yang memberi manfaat kepada penduduk setempat dengan pameran kesihatan serta pemeriksaan kesihatan percuma kepada semua yang hadir,” katanya.

Menurut beliau lagi aktiviti gotong-royong perlu diteruskan dari semasa ke semasa dan perlu melibatkan anak-anak muda.

-ZS-

Tinggalkan komen anda