Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Penubuhan Komuniti Keluarga Malaysia Satukan Masyarakat Berbilang Kaum

By 16 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 16 Okt (Malaysiaaktif) – Lebih 350 orang penduduk telah menyertai Program Komuniti Keluarga Malaysia Mukim Pulai dan Program Johor Bersih yang diadakan di Flat Taman Tampoi Utama, di sini semalam.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling, Nur Jazlan Mohamed, konsep Keluarga Malaysia sangat bertepatan pada masa kini kerana dapat menyatukan masyarakat berbilang kaum dan agama untuk duduk dan bersama dalam satu rumpun.

“Saya percaya penubuhan Komuniti Keluarga Malaysia ini telah mula membuahkan hasil dan diterima rakyat.

“Lihatlah di sini, betapa ramainya penduduk pelbagai kaum datang untuk menyertai pelbagai acara yang dianjurkan bagi mengeratkan lagi hubungan sesama mereka,” katanya.

Antara aktiviti yang diadakan adalah pertandingan memancing, pameran dari ‘Communication for Behavioural Impact’ (COMBI) serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan lain-lain lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda