Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Dataran Ledang Meriah Sambutan Kemenangan JDT

By 17 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd. Yusof Hj. Abd. Samad

TANGKAK, 17 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 500 orang penduduk tempatan telah membanjiri Dataran Ledang di sini bersempena dengan Majlis Sambutan Kemenangan dan Kejuaraan Johor Darul Ta’zim (JDT), kelmarin.

“Ramai menyaksikan kejuaraan JDT melalui skrin besar yang disediakan di dataran ini dan beberapa acara telah disusun bagi menceriakan lagi suasana pada malam ini,” ujar Nazmi Mohammad, tetamu yang hadir ketika majlis sambutan berlansung.

Pentadbir Tanah Daerah Tangkak Nazid Ngadiman selaku tetamu utama juga telah menyempurnakan acara penyampaian hadiah bagi Johan Pertandingan Sepak Penalti Daerah.

Aktiviti cabutan nombor bertuah turut diadakan sebelum aksi siaran langsung dipaparkan pada skrin besar dan orang ramai turut menyaksikan pertunjukan bunga api.

Turut hadir Setiausaha Majlis Daerah Tangkak, Ketua-Ketua Jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda