Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Kesihatan Mental Bentuk Keluarga Bahagia

By 16 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Yusof Abd Samad

TANGKAK, 16 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 600 pelajar telah membanjiri Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Daerah Tangkak dan Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Negeri Johor yang diadakan di Kolej Matrikulasi Johor, di sini semalam.

“Program sebegini dapat membentuk remaja khususnya dalam kalangan pelajar untuk mengekalkan kesihatan mental kerana mereka adalah aset bagi membentuk pembangunan ekonomi negara kelak.

“Keprihatinan dan kasih sayang yang bersesuaian dari ibu bapa mampu membentuk kehamonian dalam sesebuah keluarga bahagia,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin Nisa Ismail ketika ucapan perasmian.

Program tersebut telah disertai oleh pelajar-pelajar dari sekolah menengah, Institut Latihan Perindustrian, Kolej Komuniti dan GiatMara negeri Johor.

Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan Johor, Pentadbir Tanah Daerah Tangkak, Pegawai Kesihatan Daerah Tangkak, Timbalan Pengarah, Kolej Matrikulasi Tangkak, Ketua-Ketua Jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda