Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Perdana Menteri Rasmikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Pahang

By 29 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Radiah Rahim/Sh. Nurrul

KUANTAN, 29 Okt (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob merasmikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Pahang, di sini hari ini.

Beliau dalam ucapannya berkata kerajaan akan sentiasa memastikan Keluarga Malaysia di negeri ini hidup dalam aman dan harmoni selaras dengan konsep Keluarga Malaysia yang berpaksikan tiga teras utama iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran.

“Saya juga ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan Kerajaan Negeri Pahang atas kesudian menjadi tuan rumah kali ini,” katanya.

Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia merupakan siri jelajah ke 12 di negeri Pahang dan terakhir pada tahun ini dan penganjuran bagi siri Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia kali ini bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teras Pertahanan Negara’.

-ZS-

Tinggalkan komen anda