Laporan/foto : Zaidy Salim/KKMM
PUTRAJAYA, 17 Nov (Malaysiaaktif) – ‘Majlis Sekalung Budi MenKOMM’ telah diadakan di perkarangan lobi Menara KKMM harini sebagai menghargai jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Anuar Haji Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia.
MenKOMM turut menyantuni semua kakitangan K-KOMM serta agensi di bawah KKMM dengan bersalaman serta bergambar bersama mereka.
Turut hadir Pengurusan Tertinggi Agensi-agensi di bawah KKMM.
-ZS-