Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Pelantikan KPE PL Bukti Kerajaan Yakin Kebolehan Anak Tempatan

By 17 November 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/Perbadanan Labuan

LABUAN, 17 Nov (Malaysiaaktif) – Lantikan Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Perbadanan Labuan (PL) yang baharu menunjukkan bahawa kerajaan mengiktiraf kebolehan anak jati Labuan.

Menurut Pengerusinya Datuk Bashir Alias pelantikan Rithuan Mohd Ismail yang merupakan anak jati Labuan sebagai KPE merupakan sebahagian perubahan dan kejayaan yang paling dirasai selepas dua dekad penubuhan PL.

“Ini menunjukkan bahawa kerajaan pusat yakin meletakkan kepercayaan kepada beliau untuk mengetuai Perbadanan Labuan sekaligus memberikan penjelasan bahawa anak-anak Labuan juga berkebolehan serta berkelayakan memikul tanggungjawab ini,” katanya semasa bersiaran secara langsung di LabuanFM semalam.

Tambahnya, PL juga sedang menyusun semula struktur pentadbiran dalaman untuk diangkat permohonan kelulusan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam.

“Ini bertujuan memperkasa peranan jabatan dan unit yang berkaitan supaya dapat disesuaikan dengan perubahan persepsi pelanggan PL yang terdiri daripada rakyat Labuan, pelabur, pelancong dan mereka yang berkepentingan terhadap pembangunan Labuan,” katanya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda